Monday, 3 November 2014

~Tempat Menarik di Melaka~

Tangga Batu, Melaka
Koordinat dalam WGS84

Latitude : 2° 15' 00'' N / 2.250 N
Longitude : 102° 09' 00'' E / 102.150 E


Perjalanan dari Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade ke Babang's Home adalah selama 26 minit / 16.9 km dengan menaiki motokar.


Sekitar kawasan Banda Hilir, Melaka (Bangunan Merah, A Famosa, Bangunan Stadhuys) iaitu perjalanan sepanjang 17.5km / 28 minit menaiki motokar.


Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh. Di sekitarnya terdapat Zoo Melaka, Taman Rama-Rama, Taman Buaya, Taman Rekreasi Ayer Keroh dan sebagainya.
 

Masjid Selat yang terkenal di Melaka sepanjang 19.0km dari homestay mengambil masa selama 31 minit menaiki motokar. 


MITC melaka yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Di sekitarnya terdapat Mydin MITC, Kota Cemerlang dan sebagainya.


Pantai Puteri Tanjong Kling yang terletak 5 minit perjalanan dari Babang's Home.  Manakala Pantai Klebang pula yang menghala ke Bandar Melaka memakan masa selama 15 minit dari homestay.

Ini adalah Masjid Tangga Batu Pekan di mana salah satu masjid yang berdekatan Babang's Home selain Masjid Tangga Batu Kechil.

Selain itu terdapat juga tempat-tempat yang menarik untuk dilawati seperti :

  • Melaka River Cruise
  • Menara Taming Sari
  • A Famosa Resort Alor Gajah
  • Kolam Air Panas Gadek
  • Masjid Tengkera
  • Melaka Wonderland Theme Park & Resort
  • Muzium Kapal Selam Klebang
  • Muzium Samudera Melaka

Diharapkan apa yang dikongsikan di sini menjadi titik rujukan dan batu loncatan kepada siapa-siapa yang mencari tempat-tempat menarik sekitar negeri Melaka ini...Best duduk kat Melaka ni tau tapi belum sempat travel kesemuanya..hehe :) till then have a blessed life, wsalam...

No comments:

Post a Comment