Friday, 31 October 2014

~Gallery~


Signboard Babang's Home





Pandangan Luar Rumah




Ruang Tamu




Bilik 



Bilik air

~Salam Perkenalan~

            Babang's Home diinspirasikan daripada seorang insan yang disayangi iaitu arwah Mohd. Shafiq Azizam bin Abd. Aziz. Babang's Home dicipta berdasarkan gelaran beliau yang digunakan oleh ayahnya sendiri iaitu Babang. Home pula adalah simbolik kepada perkataan homestay atau rumah yang diduduki.

           Babang's Home siap dibina pada 24 Oktober 2014 dan mula beroperasi pada 27 Oktober 2014. Ia terletak di KM 16 Tangga Batu, 76300 Sungai Udang, Melaka. Kedudukan homestay ini adalah strategik kerana berdekatan dengan sawah padi yang menghijau dan bersuasana ala-ala kampung. Selain itu homestay ini turut berdekatan dengan pasaraya-pasaraya berhampiran seperti Family Store, Giant, Econsave, PasarayaKu, dan sebagainya.


           Homestay ini amat bersesuaian kepada mereka yang masih lagi tercari-cari rumah untuk diduduki sementara waktu di sekitar kawasan Tangga Batu, Bukit Rambai, Tanjong Kling, Sungai Udang, Masjid Tanah dan sebagainya. Ini memudahkan mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan, bercuti bersama keluarga di negeri Melaka, malahan menjadi tempat persinggahan kepada mereka yang mempunyai urusan belajar, kerja dan sebagainya di sekitar Melaka.


           Babang's Home mempunyai 6 buah rumah kesemuanya. Untuk setiap rumah pula mempunyai 1 ruang tamu, 2 buah bilik tidur katil bersaiz queen, dan 1 bilik air. Kelengkapan-kelengkapan lain seperti televisyen, sofa, katil, almari, sejadah, peti ais, seterika, cerek elektrik, pinggan, gelas dan dapur ada disediakan. Selain itu, kelengkapan-kelengkapan tambahan seperti toto, bantal, selimut, tuala dan set bbq boleh diminta jika perlu. 


            Sewa homestay untuk satu malam adalah RM150, depositnya pula RM50. RM10 dikenakan untuk setiap jam tambahan. 

Sebarang pertanyaan mahupun tempahan boleh menghubungi ke mana-mana no telefon ini :


                  # 012-9354682 (ITA)
                  # 011-33455205 (NORA) 

NO AKAUN BABANG'S HOME:

MASHITA BINTI ABDULLAH.
CIMB BANK (7618911451)

Sila berikan NAMA PENUH + NO IC + GAMBAR RESIT PEMBAYARAN utk rujukan kami.


Wassalam have a nice day ahead! :)